Perunding Unit Amanah adalah merupakan kerjaya bukan setakat kerja. Beza kerja dengan kerjaya ialah kerja anda tidak mempunyai kebebasan masa bekerja. Anda wajib bekerja sehari suntuk 8 jam sehari dari jam 8.00 sehinggalah jam 4.30 petang. Suka tak suka anda mesti melakukannya walupun gaji yang ditawarkan kepada anda tidak berbaloi dengan tahap pendidikan, pengalaman dan kemahiran anda. Ini kerana anda bekerja bukan atas dasar kerelaan anda untuk bekerja tetapi tuntutan hidup yang semakin mengganas. Kos hidup dan kos barang-barang menyebabkan anda tertekan dan mahu bekerja kerana ingin memenuhi tuntutan hidup semata-mata. Bekerja untuk mendapat wang untuk mengisi perut dan minyak kereta ulang alik dari rumah ke pejabat. Robert. T.Kiyosaki seorang pakar kewangan pernah berkata dalam salah satu bukunya yang terkenal RICH DAD and POOR DAD apabila ditanya oleh salah seorang dari keluarga isteriya kenapa tidak mencari kerja. Jawapan beliau mudah sahaja "Buat apa kerja kalau setakat mengisi perut dan mengisi minyak kereta untuk ke kerja" . Jawapan beliau betul...apa guna kita bekerja kalau setakat makan dan habis duit untuk ke kerja sahajam, itu belum lagi bayar tol, service kereta. Sepatutnya kita bekerja untuk mendapatkan wang yang banyak agar kita boleh mendapat lebih dari itu. Tetapi, hakikatnya ini alam pekerjaan jika gaji anda lebih kecil dari kos hidup semasa anda mungkin tergolong apa yang dikatakan oleh beliau JUST FOR SURVIVE sahaja. Ini menerangkan jika anda tidak mempunyai masa yang bebas anda telah menghadkan potensi diri anda dan kewangan anda.
Buktinya jika anda mempunyai pendapatan RM18,000 setahun. Ini bermakna gaji anda sejam yang dibayar oleh majikan hanyalah RM9 sahaja. Adakah anda beranggapan gaji RM9 ini lebih baik dan lebih besar dengan nilai diri anda, potensi diri anda, impian diri anda, keinginan diri anda? Adakah dengan gaji RM9 ini anda mempunyai kebebasan kewangan....Jawapannya sudah tentu tidak. Bagi mereka yang merokok sahaja pun harga rokok berlesen (bukan seludup) RM10 sekotak. Ini bermakna rokok yang anda hisap tersebut adalah lebih RM1 dari wang gaji sejam anda. Tidakkah ini satu pembuangan...Merokok sahaja mengambil masa 30 minit dan berjam-jam berborak-borak dengan rakan taulan cerita pasal bola. Kawan-kawan TIme is Money. Membuang masa bermakna membuang duit. Gunakanlah masa anda bagaimana mahu menjana pendapatan. Fokus bagaimana jana pendapatan bukan fokus menghabiskan wang pendapatan...He he he. Dalam perunding Unit Amanah kekangan masa tidak ada istilah didalam kerjaya ini. Kami perunding Unit Amanah menghargai masa. Kami tahu nilai masa itu amat berharga. Masa itu adalah wang bagi kami. Kami menggunakan masa untuk menggandakan pendapatan kami dengan mengkayakan orang lain. Seronok bukan...Mengkayakan orang lain. Itulah perunding unit amanah. Rasa puas dalam hati seorang Perunding Unit Amanah apabila melihat pelaburnya gembira dengan mendapat dividen setiap tahun dan mencapai matlamat kewangannya seperti yang diharapkannya. Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Perunding Unit Amanah adalah merupakah kerjaya yang tidak terikat dengan masa. Kami tidak mengharapkan gaji sejam RM9 tetapi kami sentiasa mengubahnya untuk mendapat yang lebih baik. Jika kami boleh gandakan wang gaji sejam RM9 kepada RM19 atau RM90 atau RM900 kenapa kita nak bataskan diri kita untuk terima gaji yang RM9 sahaja. Kenapa kita nak ikat diri kita dengan satu kerja yang hanya membataskan potensi diri kita? Kenapa kita nak kerja juga walaupun kita tahu kerja itu tidak akan memberi kepuasan dan membantu meningkatkan kerjaya kita? So jika ada satu tempat dimana anda boleh dapat kerja sejam mengikut kehendak anda. Bekerja mengikut masa anda. Disinilah tempatnya...Ia Perunding Unit Amanah adalah tempatnya. Kerjaya High Class dan Profesional dimana telah melahirkan ramai jutawan dan orang-orang yang telah bebas kewangan. Kami tidak bekerja berdasarkan gaji fix/tetap tetapi kami dibayar berdasarkan gaji berubah melalui KOMISEN DARI PELABURAN. Berminat tolong sediakan keperluan seperti berikut :-
Yang diperlukan adalah
- 2 salinan Kad pengenalan depan belakang saiz A4
- 6 keping gambar passport
- duit exam CUTE + Contract Agency + pesuruhjaya sumpah = 250 + 5 = RM255
- Buka satu akaun Saving Account kat Public Bank untuk kemasukan gaji/komisen anda
- Sijil original SPM atau ke atas (Math dan bahasa - Kredit) ATAU
- Sijil STPM, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER atau apa sahaja yang tertinggi
(kalau Math dan Bahasa tidak kredit peringkat SPM guna kelulusan tertinggi...seperti STPM)
Jangan membuang masa, masa adalah wang. Membuang masa sama dengan membuang wang. Anda tidak mungkin akan membuang masa bukan jika masa itu wang. Rebutlah peluang sementara anda masih ada peluang. Janganlah kita jadi manusia yang rugi.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian , Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar."
Boleh contact saya sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami yang berjaya. Saya akan terangkan macamana anda boleh berjaya dalam kerjaya ini. Sekiranya ada pertanyaan jangan segan silu hubungi saya...
rosfazlie@gmail.com
atau call / sms 0168151321







0 comments:
Post a Comment