Sumber :
Utusan Malaysia 12 Mac 2007
SEBAHAGIAN daripada kita mungkin pernah dilanda
rasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Berpuluh tahun melakukan rutin sama
sehingga kadangkala bagaikan ‘mengheret’ kaki ke pejabat setiap pagi.
Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk
berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain
yang sesuai.
Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan
(GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko,
terpulang kepada kemahuan dan keazaman untuk menjayakannya.
Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal
kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman
Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit
amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di
Public Mutual.
Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha
Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.
Apakah sebenarnya unit amanah?
Azizah: Unit
amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan
mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan
yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut.
Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC)
seperti anda?
Secara
profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami
membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun)
dan jangka panjang (lebih lima tahun).
Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di
sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang
bersesuaian dengan individu tersebut.
Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk
simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang
dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah
dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik
UTC yang komited dan terlatih akan membantu
pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.
Mungkin anda
ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?
Pertamanya, individu tersebut perlu memahami
objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan
untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat
pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan.
Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu
tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.
Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai
UTC berjaya?
Kerjaya ini
menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting
kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah
perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan
Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).
Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang
disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi
keuntungan kepada perunding dan pelabur.
Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya
dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau
kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak
kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(kelayakan minimum).
Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai
kejayaan seperti sekarang?
Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut
Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha
di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa
saya ke mana-mana.
Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan
berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui
perniagaan.
Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah
pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga
saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak
saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada
adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.
Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah
kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya
cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah’ mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50
sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar
kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung
sedikit.
Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil,
sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama
dalam memahami dunia perniagaan.
Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk
perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen
insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur,
saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi
menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih
pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil
keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan
sekali gus.
Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan
disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke
RM1,500. Saya nanik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas
diperkenalkan oleh seorang rakan.
Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai
unit amanah?
Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang
kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat
dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini.
Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah,
berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja
jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan
seorang GAM terus di bawah saya.
Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50
GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada
kesungguhan dan keazaman.
Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap
sekarang?
Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan
dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya
bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita
jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.
Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk
saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi
saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha. Kalau
diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua
yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah
saya untuk terus bersemangat.
Jika anda
berminat untuk menjadi Unit Trust Consultant, hubungi saya :-








0 comments:
Post a Comment