Apapun untuk menjadi seorang perunding yang profesional anda perlulah mempersiapkan diri anda dari segi :-
Niat
Niat anda untuk menjadi seorang consultant adalah untuk membantu orang dan bukannya untuk mendapat komisen semata-mata. Sebab percayalah jika anda mengajar wang anda tidak akan dapat apa-apa melainkan anda menjadi jurujual tegar. Perunding Profesional adalah perunding yang bukan sahaja dapat menerangkan tentang kelebihan pelaburan unit amanah kepada pelabur tetapi juga dapat membantu pelabur bagaimana mengurus kewangan mereka. Paling penting niat kita untuk kerjaya tersebut agar dapat kita merapatkan lagi hubungan kita sesama manusia kerana Allah. So kerjaya kita adalah ibadah. Sebagai seorang perunding muslim semestinya kita mensyorkan dana-dana yang berlandaskan patuh syariah. Justeru kerjaya ini juga menjurus kepada perunding yang bukan setakat boleh bercerita berkaitan dengan bidang pelaburan tetapi juga dapat menyampaikan dakwah.
Azam
Sebagai seorang perunding, anda mesti menetapkan azam yang kuat bahawa anda akan berjaya dalam bidang ini. Tidak ada istilah TIDAK BOLEH dalam kamus seorang perunding unit amanah. Perunding mestilah bersikap optimis dalam setiap tindakan agar dapat bersaing dalam dunia yang serba mencabar ini. Azam yang kuat membentuk keperibadian yang unggul. Sikap tidak mahu mengalah perlu ada pada setiap diri perunding unit amanah. Tanpa azam yang kuat anda tidak boleh pergi jauh. Ini kerana dalam dunia perundingan pasti akan ada yang menolak dan pasti akan ada yang menarik. Jika anda tidak mahu dibadai ombak maka saya nasihatkan jangan berumah ditepi pantai melainkan anda sanggup untuk bangun dari kegagalan.
Cita-cita
Anda haruslah mempunyai cita-cita yang besar. Matlamat anda haruslah jelas bahawa anda akan mencapai apa yang anda impikan sejak melangkah ke dalam bidang ini. Jika anda bercita-cita menjadi Top UTC ataupun memiliki apa yang tidak ada sebelum ini seperti kereta mewah atau sebagainya. Anda pasti mendapatnya dengan syarat mempunyai azam dan usaha yang kuat dan gigih. Walaubagaimanapun ingat, niat anda semasa anda mula-mula melangkah ke dalam dunia perunding unit amanah. Kejar dunia , akhirat lari dari anda, kejar akhirat dunia datang kepada anda. Oleh itu niat bantu orang maka apa sahaja yang anda mahukan pasti akan tercapai. Ingat janji manusia tidak terjamin tetapi janji Allah pasti terjadi.
Usaha
Usaha yang kuat lagi gigih pasti membuahkan hasil. Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang mahu berusaha sepertimana yang termaktud di dalam firmanNYA berbunyi
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka
sendiri"... Surah Ar-Rad ayat 11.
Untuk menjadi seorang consultant yang berjaya perancangan perlulah dibuat tanpa perancangan bermakna anda merancang untuk gagal. Dengan menjadi perunding unit amanah anda mempunyai kebebasan dari segi masa dan kewangan untuk menentukan impian anda tercapai. Anda bakal Jutawan.
Hubungi Fadhli 0107789973 atau email






0 comments:
Post a Comment