Monday, 10 September 2012

Kelebihan Menjadi Unit Trust Consultant


Perunding Unit Amanah

Perunding unit amanah atau Unit Trust Consultant lebih kepada memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengurus kewangan dengan menyimpan serta melaburkan wang di pelaburan unit amanah. Dengan memberi pulangan yang tinggi bergantung kepada profil risiko masing-masing. Menjadi perunding unit amanah bermakna anda memberi peluang kepada diri anda berkembang sejajar dengan usaha kuat anda. Unit Trust Consultant ibarat seorang usahawan atau ahli perniagaan yang menentukan nasibnya dalam perniagaan unit amanah. Kerjaya ini memberi kebebasan kepada consultant untuk sentiasa memajukan diri dari semasa ke semasa. Untuk memajukan diri haruslah dengan ilmu. InsyaAllah segala penat lelah anda akan terjawab semasa anda naik diatas pentas untuk menerima anugerah sebagai Consultant terbaik. Inilah kepuasan yang dapqat diperolehi oleh seorang consultant. Anugerah itu diterima setiap tahun jika layak.

Gaji seorang Unit Trust Consultant

Mungkin ada yang bertanya, berapakah gaji seorang Unit Trust Consultant? Kerjaya ini tidak mempunyai gaji tetap. Ianya dibayar berdasarkan kepada komisen daripada pelabur. Walaupun tidak banyak tetapi membantu orang untuk menjadi kaya sudah cukup untuk menjadikan jiwa anda kaya. Justeru itu tidak hairanlah sesiapa yang menceburi bidang ini bertahun-tahun akan mempunyai income / pendapatan sekitar 5 figure berbanding makan gaji. Pendapatan seorang consultant dikira berdasarkan jumlah pelaburan dan usaha keras untuk mendapat pendapatan seperti yang dimahukan. Tidak ada kekangan untuk mendapat pendapat yang tinggi

Overridding

Untuk mengembangkan bisnes ini seorang consultant haruslah mencari rakan partner untuk bersama beliau menggandakan lagi pendapatan. Serupa KFC, jika KFC tidak membuka jenamanya di Malaysia sudah tentu kita hari ni tidak merasa ayam KFC. KFC memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan jenamanya menjual ayam KFC. Akhirnya si peniaga KFC mendapat keuntungan berlipat kali ganda disamping itu juga mentor kfc yang asal juga mendapat income berupa royalti kerana penggunaan jenama KFC. Jika peniaga tidak menggunakan nama KFC belum tentu ayam gorengnya laku akhirnya bungkus. Tetapi oleh kerana KFC adalah jenama no.1 maka semua orang mengenalinya. Begitu juga PM ianya merupakan nombor 1 dalam industri Unit Amanah. 

Lain-lain

Seperti Melancong, Carrier Benefit, Subsidi Housing Loan, Subsidi Car Loan, dll...Berminat sila hubungi saya...

Kelayakan

Berumur 21 tahun ke atas

Yang diperlukan adalah

2 salinan Kad pengenalan depan belakang saiz A4
6 keping gambar passport
duit exam CUTE + Contract Agency + pesuruhjaya sumpah  = 250 + 5 = RM255 
Buka satu akaun Saving Account kat Public Bank untuk kemasukan gaji/komisen anda
Sijil original SPM atau ke atas (Math dan bahasa - Kredit) ATAU
Sijil STPM, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER atau apa sahaja yang tertinggi

(kalau sijil SPM  hilang, boleh sign surat hilang dan ditandatangan dihadapan pesuruhjaya sumpah)
(kalau Math dan Bahasa tidak kredit peringkat SPM guna kelulusan tertinggi...seperti STPM)

Jangan membuang masa, masa adalah wang. Membuang masa sama dengan membuang wang. Anda tidak mungkin akan membuang masa bukan jika masa itu wang. Rebutlah peluang sementara anda masih ada peluang. Janganlah kita jadi manusia yang rugi. 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian , Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar."

Boleh contact saya sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami yang berjaya. Saya akan terangkan macamana anda boleh berjaya dalam kerjaya ini. Sekiranya ada pertanyaan jangan segan silu hubungi saya...


Sunday, 9 September 2012

Jawatan Kosong

















Jawatan Kosong sebagai Unit Trust Consultant.

Tanggungjawab


  • Membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).
  • Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Personal
  • Kami mencari warga Malaysia yang komited dengan matlamat serta impian mereka
  • Rajin, bertanggungjawab dan komitmen tinggi terhadap kerjaya
  • Sentiasa ingin belajar, bersemangat dan bermotivasi
  • Boleh berdikari, bergaul dan berkomunikasi baik dengan semua orang
  • Berkebolehan bekerja dalam situasi tekanan 
  • Peramah, mesra pelanggan dan bersopan santun dan berkarisma

Keperluan
  • Berusia 21 tahun ke atas
  • Minimum SPM dengan kredit Bahasa dan Matematik atau
  • Mempunyai Diploma, Ijazah dan Master dialu-alukan untuk mengisi jawatan tersebut
  • Pengalaman dalam pemasaran digalakkan
Yang diperlukan adalah

  • 2 salinan Kad pengenalan depan belakang saiz A4
  • 6 keping gambar passport
  • duit exam CUTE + Contract Agency + pesuruhjaya sumpah  = 250 + 5 = RM255 
  • Buka satu akaun Saving Account kat Public Bank untuk kemasukan gaji/komisen anda
  • Sijil original SPM atau ke atas (Math dan bahasa - Kredit) ATAU
  • Sijil STPM, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER atau apa sahaja yang tertinggi
(kalau sijil SPM  hilang, boleh sign surat hilang dan ditandatangan dihadapan pesuruhjaya sumpah)
(kalau Math dan Bahasa tidak kredit peringkat SPM guna kelulusan tertinggi...seperti STPM)


Jangan membuang masa, masa adalah wang. Membuang masa sama dengan membuang wang. Anda tidak mungkin akan membuang masa bukan jika masa itu wang. Rebutlah peluang sementara anda masih ada peluang. Janganlah kita jadi manusia yang rugi.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian , Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar."
Boleh contact saya sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami yang berjaya. Saya akan terangkan macamana anda boleh berjaya dalam kerjaya ini. Sekiranya ada pertanyaan jangan segan silu hubungi saya...








Friday, 7 September 2012

Kisah Kejayaan Unit Trust Consultant Public Mutual: GAM Azizah Saad



Sumber : Utusan Malaysia 12 Mac 2007



SEBAHAGIAN daripada kita mungkin pernah dilanda rasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Berpuluh tahun melakukan rutin sama sehingga kadangkala bagaikan ‘mengheret’ kaki ke pejabat setiap pagi.

Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain yang sesuai.

Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko, terpulang kepada kemahuan dan keazaman untuk menjayakannya.

Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di Public Mutual.

Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.

Apakah sebenarnya unit amanah?
Azizah: Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut.

Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda?
Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik

UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.
Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?

Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan.

Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.

Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?
Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).

Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.

Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).

Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai kejayaan seperti sekarang?

Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana.

Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan.

Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.

Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah’ mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit.

Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.

Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.

Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya nanik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai unit amanah?

Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini.

Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah, berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan seorang GAM terus di bawah saya.

Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50 GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada kesungguhan dan keazaman.

Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap sekarang?

Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.

Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha. Kalau diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah saya untuk terus bersemangat.
Jika anda berminat untuk menjadi Unit Trust Consultant, hubungi saya :-








Kisah Kejayaan Unit Trust Consultant: Saidatul Norhiyah Abdol


Sumber : Utusan Malaysia 09 Julai 2007
Oleh SITI ZALEHA JORIMAI



DALAM rekod penilaian bekas majikannya pernah menilai dia sebagai seorang pekerja yang baik dan cekap, tetapi lokek senyum dan berat mulut untuk bercakap.

Namun, siapa sangka wanita yang dulunya cukup pendiam dan lebih suka menyendiri, kini berubah serta boleh meraih pendapatan hingga puluhan ribu melalui kerjaya yang memerlukan dia banyak bercakap dan bertemu orang.

Saidatul Norhiyah Abdol, 33, sendiri sukar mempercayai dirinya mampu mencapai sehingga ke tahap sekarang. Apatah lagi apabila mengenang baru empat atau tiga tahun lepas dia sekadar seorang kerani biasa yang gaji setiap hujung bulan cukup-cukup untuk belanja sendiri dan sedikit dititip ke kampung.

“Bukan tidak bersyukur, tapi selepas sembilan tahun makan gaji saya tidak nampak apa-apa yang berubah dalam hidup saya.

“Bahkan, impian untuk memberi kesenangan kepada ibu bapa di kampung yang tertanam sejak sekolah lagi semakin kabur.

“Setiap kali balik kampung saya lihat garisan kedut pada wajah orang tua saya bertambah. Melihat itu saja saya jadi panik, takut tak sempat menunaikan hajat untuk sekurang-kurangnya menghantar mereka ke Mekah,” kata wanita berasal dari Behrang, Perak ini.

Sementelah sudah membuka kisah silam, Saidatul tidak malu mengaku dia lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang susah.

Bapanya hanya berkerja kampung yang pendapatan tidak sampai pun RM300 sebulan bagi menanggung sembilan anak.

“Bayangkan seterika pun kami tak mampu beli sedangkan waktu itu (sekitar tahun 1980-an) orang lain sudah ada macam-macam alat elektrik.

“Setiap malam kami adik beradik akan letak baju bawah tilam supaya baju nampak licin bila ke sekolah,” katanya sayu.

Sebagai anak kedua, Saidatul sanggup melupakan impian menjejak kaki ke universiti bagi memberi peluang saudara sulongnya meneruskan pengajian.

Sebaliknya, dia memberanikan diri memperjudi nasib di kota bagi mencari pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan.

Sekadar berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, dia hanya mampu meraih jawatan kerani di sebuah syarikat insurans dengan gaji yang sebahagiannya dihantar ke kampung.

“Bagaimanapun, bekerja tidak menumpulkan minat saya untuk belajar. Secara sambilan, saya masuk kelas dan mengambil macam-macam jenis peperiksaan berkaitan bidang insurans dan kewangan.

“Saya fikir dengan cara itu saja saya dapat sekurang-kurangnya menambah angka pada slip gaji,” katanya.

Sembilan tahun berusaha, empat kali bertukar majikan, namun perubahan yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.

Saban hari jiwanya meronta untuk berbuat sesuatu yang dapat mengubah kehidupannya sekali gus nasib ibu bapa di kampung.

Bagaikan diatur-atur, Saidatul berkenalan dengan Azizah Saad, salah seorang perunding unit amanah paling berjaya dan telah sampai ke tahap Pengurus Agensi Kumpulan di Public Mutual, yang kemudian mengajaknya untuk sama-sama menerokai bidang tersebut.

“Mulanya saya buat secara sambilan, tapi kemudian saya fikir setakat sebelah kaki tidak akan bawa saya ke mana. Saya nekad berhenti kerja untuk menyertai unit amanah secara serius,” katanya.

Kebetulan waktu itu, perkahwinan yang dibina seawal usianya 22 tahun menemui titik noktah dengan dikurnia seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Kegagalan rumah tangga juga ibarat wake up call yang mengembalikan ingatannya pada janji yang pernah dibuat sewaktu mula berkerja dulu.

“Saya pernah bertekad pada diri sendiri untuk menyenangkan orang tua saya. Tetapi jodoh sampai lebih awal membuatkan sedikit sebanyak fokus saya beralih arah.

“Mungkin ini hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Kalau pun tidak kerana janji itu, saya ada anak yang perlu diambil kira. Semua itu menjadi penyuntik semangat untuk saya bangun dan berusaha demi kelangsungan hidup kami dua beranak,” katanya.

Begitu pun, kerjaya baru yang dipilih tidak semudah diduga, malah enam bulan pertama bersama unit amanah tempoh yang cukup mencabar bagi Saidatul. Bermula dengan kosong, dia banyak bergantung pada ‘mentornya’ dengan mengikut apa saja yang mereka buat.

“Ibaratnya macam anak ayam mengikut ke mana saja ibunya bawa.Tapi saya tak kisah sebab masa itu memang masih mentah dan banyak perkara yang perlu dipelajari,” katanya.

Biarpun dalam keadaan masih ‘bertatih’, selepas enam bulan pertama itu, Saidatul mampu membuat jualan sebanyak RM850,000 dengan pendapatan purata hampir mencecah lima angka sebulan.

Lebih bermakna genap setahun bergelar perunding unit amanah, dia berjaya memenuhi impian menghantar orang tuanya ke Mekah menunaikan rukun Islam kelima.

“Sebagai anak, saya rasa itulah detik paling bermakna dan saya bersyukur kerana dapat menghantar mereka ke Tanah Suci dalam keadaan mereka masih sihat dan kuat,” katanya.

Mencecah jutaan
Kini, biarpun baru dua tahun menjadi perunding unit amanah sepenuh masa, jualannya sudah mencecah jutaan ringgit dan beberapa kali memenangi cabaran yang diberikan oleh syarikat.

Bagi Saidatul segala-galanya berkat kesungguhan mengikut latihan serta tunjuk ajar daripada para senior yang tidak jemu-jemu membimbingnya.

Justeru, perkara yang sama dilakukan terhadap ejen-ejen baru yang dibimbingnya sekarang agar mereka dapat mengecapi kejayaan sebagaimana yang beliau nikmati.

“Kerjaya ini amat bergantung dengan kerja berpasukan, selain kesediaan untuk belajar dan terus belajar,” katanya yang tampil elegan dengan jaket pendek dan seluar panjang.

Dia yang kini mencapai tahap pengurus agensi telah merekrut lebih 20 ejen yang masing-masing sedang aktif mengorak langkah.
Berkongsi petua kejayaan, kata Saidatul, selain mahir dengan ‘produk’ yang mahu dijual, semangat dan tekad perlu kuat serta tahan menghadapi kegagalan.

Katanya, tidak semua pelanggan yang ditemui akan menerima produk yang dicadangkan, malah daripada 10 mungkin hanya dua atau tiga yang menerima.

“Waktu itu kita perlu bersedia menerima penolakan, jangan cepat mengaku kalah. Saya sendiri, sudah tidak terbilang berapa kali menangis dalam kereta lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan pelanggan yang ‘lepas cakap’.

“Tetapi saya akan pastikan rasa kecewa atau sedih itu habis di dalam kereta dan tidak terbawa-bawa hingga menjejaskan kerja seterusnya.

“Apa yang selalu saya ingat, niat saya memberi produk yang terbaik, kalau pelanggan tak mahu itu hak mereka,” katanya yang turut mencabar golongan muda lebih-lebih yang menganggur untuk menyertai bidang tersebut sebagai permulaan mengubah hidup kepada yang lebih baik.

Apakah sebenarnya unit amanah?

* Skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain.

* Pengurus pelaburan yang pakar akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut

* Perunding unit amanah (UTC) membantu pelabur merancang simpanan dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

* Pelan perancangan simpanan mesti bersesuaian dengan individu tersebut.

* Pelaburan dalam unit amanah ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya rendah dan boleh mengendalikan risikonya dengan baik

* UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Jika anda berminat...anda sediakan dokumen seperti berikut:-

Yang diperlukan adalah


  • 2 salinan Kad pengenalan depan belakang saiz A4
  • 6 keping gambar passport
  • duit exam CUTE + Contract Agency + pesuruhjaya sumpah  = 250 + 5 = RM255 
  • Buka satu akaun Saving Account kat Public Bank untuk kemasukan gaji/komisen anda
  • Sijil original SPM atau ke atas (Math dan bahasa - Kredit) ATAU
  • Sijil STPM, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER atau apa sahaja yang tertinggi


(kalau sijil SPM  hilang, boleh sign surat hilang dan ditandatangan dihadapan pesuruhjaya sumpah)
(kalau Math dan Bahasa tidak kredit peringkat SPM guna kelulusan tertinggi...seperti STPM)

Jangan membuang masa, masa adalah wang. Membuang masa sama dengan membuang wang. Anda tidak mungkin akan membuang masa bukan jika masa itu wang. Rebutlah peluang sementara anda masih ada peluang. Janganlah kita jadi manusia yang rugi. 


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian , Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar."

Boleh contact saya sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami yang berjaya. Saya akan terangkan macamana anda boleh berjaya dalam kerjaya ini. Sekiranya ada pertanyaan jangan segan silu hubungi saya...





Thursday, 6 September 2012

Siapakah Perunding Unit Amanah ?


Perunding Unit Amanah adalah merupakan kerjaya bukan setakat kerja. Beza kerja dengan kerjaya ialah kerja anda tidak mempunyai kebebasan masa bekerja. Anda wajib bekerja sehari suntuk 8 jam sehari dari jam 8.00 sehinggalah jam 4.30 petang. Suka tak suka anda mesti melakukannya walupun gaji yang ditawarkan kepada anda tidak berbaloi dengan tahap pendidikan, pengalaman dan kemahiran anda. Ini kerana anda bekerja bukan atas dasar kerelaan anda untuk bekerja tetapi tuntutan hidup yang semakin mengganas. Kos hidup dan kos barang-barang menyebabkan anda tertekan dan mahu bekerja kerana ingin memenuhi tuntutan hidup semata-mata. Bekerja untuk mendapat wang untuk mengisi perut dan minyak kereta ulang alik dari rumah ke pejabat. Robert. T.Kiyosaki seorang pakar kewangan pernah berkata dalam salah satu bukunya yang terkenal RICH DAD and POOR DAD apabila ditanya oleh salah seorang dari keluarga isteriya kenapa tidak mencari kerja. Jawapan beliau mudah sahaja "Buat apa kerja kalau setakat mengisi perut dan mengisi minyak kereta untuk ke kerja" . Jawapan beliau betul...apa guna kita bekerja kalau setakat makan dan habis duit untuk ke kerja sahajam, itu belum lagi bayar tol, service kereta. Sepatutnya kita bekerja untuk mendapatkan wang yang banyak agar kita boleh mendapat lebih dari itu. Tetapi, hakikatnya ini alam pekerjaan jika gaji anda lebih kecil dari kos hidup semasa anda mungkin tergolong apa yang dikatakan oleh beliau JUST FOR SURVIVE sahaja. Ini menerangkan jika anda tidak mempunyai masa yang bebas anda telah menghadkan potensi diri anda dan kewangan anda. 

Buktinya jika anda mempunyai pendapatan RM18,000 setahun. Ini bermakna gaji anda sejam yang dibayar oleh majikan hanyalah RM9 sahaja. Adakah anda beranggapan gaji RM9 ini lebih baik dan lebih besar dengan nilai diri anda, potensi diri anda, impian diri anda, keinginan diri anda? Adakah dengan gaji RM9 ini anda mempunyai kebebasan kewangan....Jawapannya sudah tentu tidak. Bagi mereka yang merokok sahaja pun harga rokok berlesen (bukan seludup) RM10 sekotak. Ini bermakna rokok yang anda hisap tersebut adalah lebih RM1 dari wang gaji sejam anda. Tidakkah ini satu pembuangan...Merokok sahaja mengambil masa 30 minit dan berjam-jam berborak-borak dengan rakan taulan cerita pasal bola. Kawan-kawan TIme is Money. Membuang masa bermakna membuang duit. Gunakanlah masa anda bagaimana mahu menjana pendapatan. Fokus bagaimana jana pendapatan bukan fokus menghabiskan wang pendapatan...He he he. Dalam perunding Unit Amanah kekangan masa tidak ada istilah didalam kerjaya ini. Kami perunding Unit Amanah menghargai masa. Kami tahu nilai masa itu amat berharga. Masa itu adalah wang bagi kami. Kami menggunakan masa untuk menggandakan pendapatan kami dengan mengkayakan orang lain. Seronok bukan...Mengkayakan orang lain. Itulah perunding unit amanah. Rasa puas dalam hati seorang Perunding Unit Amanah apabila melihat pelaburnya gembira dengan mendapat dividen setiap tahun dan mencapai matlamat kewangannya seperti yang diharapkannya. Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. 

Perunding Unit Amanah adalah merupakah kerjaya yang tidak terikat dengan masa. Kami tidak mengharapkan gaji sejam RM9 tetapi kami sentiasa mengubahnya untuk mendapat yang lebih baik. Jika kami boleh gandakan wang gaji sejam RM9 kepada RM19 atau RM90 atau RM900 kenapa kita nak bataskan diri kita untuk terima gaji yang RM9 sahaja. Kenapa kita nak ikat diri kita dengan satu kerja yang hanya membataskan potensi diri kita? Kenapa kita nak kerja juga walaupun kita tahu kerja itu tidak akan memberi kepuasan dan membantu meningkatkan kerjaya kita? So jika ada satu tempat dimana anda boleh dapat kerja sejam mengikut kehendak anda. Bekerja mengikut masa anda. Disinilah tempatnya...Ia Perunding Unit Amanah adalah tempatnya. Kerjaya High Class dan Profesional dimana telah melahirkan ramai jutawan dan orang-orang yang telah bebas kewangan.  Kami tidak bekerja berdasarkan gaji fix/tetap tetapi kami dibayar berdasarkan gaji berubah melalui KOMISEN DARI PELABURAN. Berminat tolong sediakan keperluan seperti berikut :-

Yang diperlukan adalah

  • 2 salinan Kad pengenalan depan belakang saiz A4
  • 6 keping gambar passport
  • duit exam CUTE + Contract Agency + pesuruhjaya sumpah  = 250 + 5 = RM255 
  • Buka satu akaun Saving Account kat Public Bank untuk kemasukan gaji/komisen anda
  • Sijil original SPM atau ke atas (Math dan bahasa - Kredit) ATAU
  • Sijil STPM, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER atau apa sahaja yang tertinggi
(kalau sijil SPM  hilang, boleh sign surat hilang dan ditandatangan dihadapan pesuruhjaya sumpah)
(kalau Math dan Bahasa tidak kredit peringkat SPM guna kelulusan tertinggi...seperti STPM)

Jangan membuang masa, masa adalah wang. Membuang masa sama dengan membuang wang. Anda tidak mungkin akan membuang masa bukan jika masa itu wang. Rebutlah peluang sementara anda masih ada peluang. Janganlah kita jadi manusia yang rugi.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian , Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar."
Boleh contact saya sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami yang berjaya. Saya akan terangkan macamana anda boleh berjaya dalam kerjaya ini. Sekiranya ada pertanyaan jangan segan silu hubungi saya...


rosfazlie@gmail.com
atau call / sms 0168151321

Wednesday, 5 September 2012

Persediaan Perlu Ada Sebagai Unit Trust Consultant

Apapun untuk menjadi seorang perunding yang profesional anda perlulah mempersiapkan diri anda dari segi :-

Niat

Niat anda untuk menjadi seorang consultant adalah untuk membantu orang dan bukannya untuk mendapat komisen semata-mata. Sebab percayalah jika anda mengajar wang anda tidak akan dapat apa-apa melainkan anda menjadi jurujual tegar. Perunding Profesional adalah perunding yang bukan sahaja dapat menerangkan tentang kelebihan pelaburan unit amanah kepada pelabur tetapi juga dapat membantu pelabur bagaimana mengurus kewangan mereka. Paling penting niat kita untuk kerjaya tersebut agar dapat kita merapatkan lagi hubungan kita sesama manusia kerana Allah. So kerjaya kita adalah ibadah. Sebagai seorang perunding muslim semestinya kita mensyorkan dana-dana yang berlandaskan patuh syariah. Justeru kerjaya ini juga menjurus kepada perunding yang bukan setakat boleh bercerita berkaitan dengan bidang pelaburan tetapi juga dapat menyampaikan dakwah.

Azam

Sebagai seorang perunding, anda mesti menetapkan azam yang kuat bahawa anda akan berjaya dalam bidang ini. Tidak ada istilah TIDAK BOLEH dalam kamus seorang perunding unit amanah. Perunding mestilah bersikap optimis dalam setiap tindakan agar dapat bersaing dalam dunia yang serba mencabar ini. Azam yang kuat membentuk keperibadian yang unggul. Sikap tidak mahu mengalah perlu ada pada setiap diri perunding unit amanah. Tanpa azam yang kuat anda tidak boleh pergi jauh. Ini kerana dalam dunia perundingan pasti akan ada yang menolak dan pasti akan ada yang menarik. Jika anda tidak mahu dibadai ombak maka saya nasihatkan jangan berumah ditepi pantai melainkan anda sanggup untuk bangun dari kegagalan.

Cita-cita

Anda haruslah mempunyai cita-cita yang besar. Matlamat anda haruslah jelas bahawa anda akan mencapai apa yang anda impikan sejak melangkah ke dalam bidang ini. Jika anda bercita-cita menjadi Top UTC ataupun memiliki apa yang tidak ada sebelum ini seperti kereta mewah atau sebagainya. Anda pasti mendapatnya dengan syarat mempunyai azam dan usaha yang kuat dan gigih. Walaubagaimanapun ingat, niat anda semasa anda mula-mula melangkah ke dalam dunia perunding unit amanah. Kejar dunia , akhirat lari dari anda, kejar akhirat dunia datang kepada anda. Oleh itu niat bantu orang maka apa sahaja yang anda mahukan pasti akan tercapai. Ingat janji manusia tidak terjamin tetapi janji Allah pasti terjadi.

Usaha

Usaha yang kuat lagi gigih pasti membuahkan hasil. Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang mahu berusaha sepertimana yang termaktud di dalam firmanNYA berbunyi

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri"... Surah Ar-Rad ayat 11.

Untuk menjadi seorang consultant yang berjaya perancangan perlulah dibuat tanpa perancangan bermakna anda merancang untuk gagal. Dengan menjadi perunding unit amanah anda mempunyai kebebasan dari segi masa dan kewangan untuk menentukan impian anda tercapai. Anda bakal Jutawan.

Hubungi Fadhli 0107789973 atau email


Monday, 3 September 2012

Perunding Unit Amanah di Public Mutual

Kenapa saya menyarankan Public Mutual ?

Jika anda ingin membeli pakaian dan mahu kelihatan glamour dan kelas. Apakah jenama yang anda akan pakai. Sudah tentu jenama yang mahal dan kelas. So jika anda membeli kereta, apakah kereta impian anda. Sudah tentu kereta anda yang mempunyai jenama kelas dunia. Kenapa pentingnya jenama ? Sesiapa pun ingin membeli kerana jenama melainkan anda seorang yang tidak kisah. Jenama penting bagi sesetengah orang . Jenama memainkan peranan penting kepada si pemakai atau si pengguna.

Begitu juga dalam penentuan kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Dalam menentukan kerjaya anda sebagai Perunding Unit Amanah semestinya ada memerlukan syarikat yang dapat menjamin kerjaya anda lebih maju dan berdaya saing. Saya akan senaraikan sebab kenapa anda perlu memilih syarikat Public Mutual sebagai langkah kerjaya anda bermula.

Public Mutual adalah sebuah syarikat swasta Pengurusan Unit Amanah no.1 di Malaysia dan mungkin di Asia satu hari nanti. Public Mutual merupakan anak syarikat kepada Public Bank. Merupakan peneraju industri Pelaburan Skim Unit Amanah. Public Mutual telah mengurus lebih dari 90 dana dengan Nilai Aset Bersih menjangkau 48.6 billion kepada lebih dari 2.7 Juta pemegang akaun atau pelabur unit amanah.

sumber www.publicmutual.com.my
Public Mutual adalah sebuah syarikat swasta yang menguasai pasaran sebanyak 43% berbanding dengan syarikat pengurusan unit amanah yang lain. Ini meletakkan Public Mutual jauh kehadapan berbanding dengan pesaing lain.

sumber : www.publicmutual.com.my
Sehingga hari ini Public Mutual telah menerima anugerah sebanyak 191 anugerah untuk selaian dan pengurusan dana dan antara jenama yang dipercayai ramai oleh para pelabur.


Anda tidak perlu bersusah payah untuk memperkenalkan Public Mutual  kerana PM sudah terkenal.

Cukup setakat ini dahulu, jika anda mahu mengetahui lebih lanjut hubungi saya di talian 0107789973 fadhli atau email atau anda boleh layari di sini

Sunday, 2 September 2012

Kenapa Perunding Unit Amanah ?

Katakan tidak kepada yang lain. Kenapa ? Saya telah membuat kajian dalam laman web Allyhunt tentang Top Pembayaran Gaji Di Malaysia berdasarkan Kerjaya atau Top Paying Hot Jobs in Malaysia. Menurut laman web ini, tidak mengambil kira gaji CEO atau Pengarah Syarikat, terdapat 5 kategori utama pekerjaan yang membayar gaji lumayan. Antaranya sektor :-

1.Perubatan

2.Kewangan / Pelaburan dan Perbankan

3.ICT

4.Kejuruteraan

5.Jurujual dan Pemasaran

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web kat sini

Kesimpulannya kerjaya Perunding Unit Amanah (PUA) terletak kedua-dua ranking yang paling top iaitu ranking ke-2 dan rangking-5 yang memberi pulangan lumayan.




maklumat lanjut sila hubungi saya


fadhli 0107789973
atau email